dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Nadi X Enterpreneur_Nadi Preneur - Webinar Atas Talian 2_Pemasaran & Operasi Perniagaan

17 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2025, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR_NADI PRENEUR - Webinar Atas Talian 2_Pemasaran & Operasi Perniagaan. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 tengah hari. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Muhammad Syaamil menerangkan mengenai pengenalan 4P permasaran iaitu Product, Price, Place dan Promotion. Selain itu, Encik Muhammad Syaamil berkongsi mengenai operasi perniagaan iaitu apakah perniagaan yang akan dijalankan, sasaran pelanggan, persediaan untuk memulakan perniagaan dan bagaimana perniagaan dapat berkembang dalam masa 1 hingga 5 tahun. Seterusnya, Encik Muhammad Syaamil menerangkan mengenai merancang operasi. Antara lain, Encik Muhammad Syaamil berkongsi mengenai pengurusan masa iaitu buat jadual harian, masa operasi dimaklumkan dengan jelas kepada pelanggan, pekerja komited dan patuh pada masa operasi yang ditetapkan dan komited pada tempoh masa untuk mengasilkan produk atau perkhidmatan. Encik Muhammad Syaamil turut berkongsi mengenai pengurusan sumber iaitu lokasi perniagaan, proses pengeluaran atau perkhidmatan, sumber manusia, peralatan. Akhir sekali, Encik Muhammad Syaamil menerangkan mengapa teknologi penting untuk operasi dan alat teknologi yang sesuai untuk usahawan contohnya sistem pengurusan stok, sistem point of sale, perisian pengurusan projrk dan keselamatan data.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Pemasaran & Operasi Perniagaan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.